top of page

APM lancar Briged Seni Kreatif, bantu pengurusan bencana kecemasan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9
  • 1 min read


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melancarkan Briged Seni Kreatif (CDA) untuk memperkasa peranan penggiat seni dalam membantu pengurusan bencana dan situasi kecemasan di negara ini.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, briged itu bukan sahaja membantu dalam situasi kecemasan, tetapi juga memberi sokongan moral dan emosi kepada masyarakat melalui karya seni.


"Kita mahu memastikan lebih ramai rakan dalam industri kreatif turut terlibat bersama APM, tidak kira ketika situasi bencana atau sebarang musibah lain yang melanda masyarakat.


"Public Service Announcement (PSA) juga akan disediakan oleh FINAS untuk menyampaikan maklumat kritikal dalam cara yang lebih menarik dan dekat di hati rakyat," katanya dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 di Sepang pada Selasa.


Fahmi sementara itu memaklumkan, APM kini bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Setakat ini, seramai 172 individu yang terlibat dengan FINAS telah mendaftar sebagai ahli Briged Seni Kreatif dan menjelang tahun hadapan, pihaknys menyasarkan penyertaan seramai 1,200 ahli dari kalangan warga industri kreatif.


"Penglibatan penggiat seni ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat bukan sahaja kepada mangsa bencana, malah juga kepada anggota barisan hadapan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemulihan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page