top of page

Apa faedah MB Samsuri ke temasya Olimpik Paris kepada rakyat T'ganu?



Temasya Olimpik Paris 2024 telah melabuhkan tirainya, namun di Terengganu kontroversi lawatan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke Perancis pula membuka tirai.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusoff, lawatan MB Samsuri tersebut telah menjadi bahan bualan warga maya kerana dibayangkan tujuan beliau ke Perancis adalah untuk mencari peluang pelaburan.


Bagaimanapun katanya, rakyat tercari cari foto MB itu bersama rakan pelaburan asing seperti mana kunjungan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara sebelum ini.

Ahmad Nazri Mohd Yusoff

"Pihak KEADILAN Terengganu menggesa MB Terengganu menjawab penularan gambar beliau di laman sosial berhubung kehadirannya di temasya Sukan Olimpik di Paris


"Menurut laman Facebook Greater Terengganu Development yang membuat ulasan kiriman di instagram MB, kedatangan Menteri Besar ke Perancis adalah untuk mencari peluang pelaburan baru bagi negeri Terengganu.


"Persoalannya di sini, adakah benar rombongan MB ke Perancis merupakan rombongan perdagangan? Jika betul, di manakah gambar atau laporan perjanjian, MOU di antara pelabur Perancis dengan MB Terengganu?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Kata Nazri, media sosial yang memaparkan gambar MB seperti Facebook Muhammad Suza Amsyari dan di Instagram tidak memaparkan sebarang pertemuan dengan usahawan dari Perancis.


Sebaliknya, hanya gambar MB Terengganu berserta keluarga dan Exco Belia, Sukan, NGO Negeri Terengganu, Ustaz Hishamudin Abdul Karim di temasya Sukan Olimpik Paris. Juga dipaparkan pertemuan MB dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hasyim.


"Yang tular adalah gambar MB dan Exco di temasya Olimpik Paris. Adakah Menteri Besar dan Exco datang ke Perancis hanya untuk melihat temasya olimpik?


"Pihak Menteri Besar mesti menjawab persoalan ini dengan segera. Rakyat Terengganu menuntut suatu fakta dan kebenaran daripada pihak MB berhubung perkara ini," katanya lagi.


Tegas Nazri, Pas-PN telah menguar uarkan MB Samsuri sebagai calon PM. Namun katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pergi ke Paris untuk menyaksikan Sukan Olimpik tetapi pelaburan sentiasa melimpah masuk ke Malaysia.


Beliau juga tertanya tanya, apakah hubung kaitnya temasya olimpik di Paris dengan usaha menarik pelaburan ke Terengganu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page