top of page

Anwar zahir takziah buat keluarga Hardi M Ariffin



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia (DDII) Hardi M Arifin yang meninggal dunia semalam.


Melalui hantaran di laman Facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, berita kematian Hardi, 84, merupakan satu perkhabaran duka buat beliau dan beliau mendoakan agar Allahyarham diberikan ganjaran dan tempat yang terbaik oleh Allah SWT.


"Terima berita duka dari negara jiran bahwa Bapak Haji Hardi M Arifin telah wafat hari ini.

"Almarhum Pak Hardi yang saya kenali merupakan pembina Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia (DDII) bersama Pak Natsir serta terlibat dalam mengasaskan Universitas Ibnu Khaldun, Bogor.


"Saya utuskan salam takziah buat keluarga dan teman-teman di Indonesia yang saya pasti amat terkesan dengan kehilangan Almarhum Pak Hardi yang amat kita kasihi," katanya.


Hardi merupakan bekas aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) sekitar tahun 60-an.


Allahyarham dilapor meninggal dunia ketika dirawat di Rumah Sakit Islam Bogor. Jenazah disolatkan di Masjid Al Hijri II, komplek Universitas Ibn Khaldun sebelum dikebumikan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page