top of page

Anwar ulangi jaminan rasionalisasi RON95 tidak jejas golongan miskin



Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberikan jaminan bahawa rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan nanti tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.


Perdana Menteri berkata orang tidak seharusnya mempercayai fitnah segelintir pihak berhubung pelaksanaan penyelarasan subsidi itu.


"Saya tidak fikir rakyat biasa perlu runsing sebab 85 hingga 90 peratus tidak terkesan, apa-apa pun kaedah yang diperkenalkan dalam isu rasionalisasi RON95 (nanti), jangan dengar fitnah.


"Umpamanya, apabila kita naikkan tarif elektrik, yang naik itu untuk orang kaya sahaja, begitu juga RON95 … yang akan dikenakan adalah orang asing dan maha kaya, kalau pendapatan dia RM50,000 sebulan, bayarlah sedikit, tetapi umumnya ramai yang tidak akan terkesan," katanya dipetik ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam hari ini.


Laporan media semalam memetik Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai berkata pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 sedang diperhalus yang akan melibatkan harga dua peringkat dengan kemungkinan menggunakan sistem MyKad.


Sementara itu mengenai langkah mewajibkan pelajar sekolah melekatkan lencana Jalur Gemilang pada baju seragam, Anwar berkata ia merupakan perkara yang mudah selain ia akan diedarkan kepada pelajar secara percuma.


Perdana Menteri menjelaskan pemakaian lencana bendera kebangsaan itu telah dipersetujui Kabinet dan sebenarnya sudah lama dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).


Justeru itu jelas beliau, perkara itu tidak perlu dijadikan polemik oleh mana-mana pihak kerana ia telah dibincangkan dengan teliti bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar.


"Bendera (lencana) itu kita beri percuma, lekat sahaja, banyak negara jiran sudah lama buat. Kita sudah fikir, bincang untuk laksanakan supaya anak-anak dari awal dididik untuk kasih kepada negara, itu sahaja," katanya.


Semalam, KPM dalam kenyataan memaklumkan akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan di bawah kelolaannya berkuat kuasa pada 21 April ini secara berperingkat.


Ia melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page