top of page

Anwar - Thaksin bincang perkukuh ASEAN, hidupkan ekonomi serantau



Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan perbincangan dengan bekas perdana Menteri Thailand Dr Thaksin Shinawatra semalam di Langkawi, Kedah berkaitan persediaan untuk Malaysia mempengerusikan ASEAN terutama melibatkan ekonomi, teknologi baharu dan penyelesaikan krisis di Myanmar.


Perdana Menteri berkata, rangkaian hubungan Thaksin yang tiada tandingan di seluruh rantau ini digabungkan dengan kepakaran unik beliau menjanjikan peluang yang tidak ternilai bagi Malaysia dan ASEAN untuk menangani cabaran dengan lebih yakin dan berkesan.


"Sungguh menyenangkan dapat bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, dan sahabat baik saya, Dr Thaksin Shinawatra, dalam sebuah perbincangan yang menarik, menyeluruh, dan bermanfaat, termasuk dalam kapasiti beliau sebagai penasihat tidak rasmi kepada jawatan pengerusi ASEAN Malaysia.


"Perbualan kami tertumpu pada keutamaan serantau yang kritikal: menghidupkan semula ekonomi, memanfaatkan teknologi baharu, memupuk keamanan di selatan Thailand, dan menangani krisis Myanmar," katanya dalam hantaran di Facebook.


Thaksin diumumkan menjadi penasihat tidak rasmi kepada PM Anwar ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ke Malaysia baru-baru ini.


Anwar berkata beliau dan Thaksin turut membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia kukuh antara Malaysia dan Thailand, sejajar dengan visi pembangunan mampan dan kesepaduan serantau yang saya kongsi bersama Perdana Menteri Paetongtarn.


"Selama beberapa dekad, Thaksin dan saya berkongsi keyakinan bahawa Malaysia dan Thailand boleh mencapai lebih banyak kejayaan bersama, bukan sahaja untuk negara masing-masing tetapi juga untuk rantau ini secara keseluruhan. Kami bertekad untuk merealisasikan visi tersebut," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page