top of page

Anwar temui tiga firma terkemuka India, usaha tarik pelaburan



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan wakil daripada tiga syarikat utama India iaitu Tata Consultancy Services (TCS), Emami Agrotech Ltd dan HCL Tech di New Delhi hari ini.


TCS, syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), perundingan dan penyelesaian perniagaan itu diwakili presidennya (bahagian perniagaan dan akaun strategik, pasaran pertumbuhan) Ujjwal Mathur.


Emami Agrotech Ltd, yang merupakan pemain utama dalam sektor minyak boleh dimakan dan produk makanan India diketuai pengarah eksekutifnya, Manush Goenka manakala HCL Technologies, syarikat perkhidmatan IT dan perundingan terkemuka dunia diwakili pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif globalnya, C Vijaykumar.


Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa.


"Dalam pertemuan ini, mereka telah memberikan maklum balas terkait urusan pelaburan serta minat untuk terus mengembangkan perniagaan di Malaysia.


"Mereka menyatakan sepenuh kepercayaan kepada Malaysia yang punyai dasar-dasar yang jelas serta mesra pelabur sekali gus memudahkan urusan perniagaan di negara kita," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau dan pasukan akan terus gigih mengadakan interaksi dengan para pelabur seperti itu bagi memberikan peluang yang besar buat negara untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada India.


Susulan mesyuarat tersebut, Anwar menghadiri sesi meja bulat dengan pemimpin industri India, diikuti seterusnya mesyuarat dengan J P Nadda, presiden parti pemerintah India, BJP.


Perdana Menteri juga ditemu bual secara eksklusif oleh India Today, majalah berita berbahasa Inggeris negara itu.


Kemudian, Anwar bertemu dengan para pemimpin Islam India sebelum mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan sidang akhbar bersama media Malaysia.


Lawatan rasmi tiga hari Anwar ke India berakhir hari ini.


*Kredit foto: SADIQ ASYRAF/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page