top of page

Anwar, Saifuddin dua tokoh utama jayakan pindaan RUU Kewarganegaraan



Kejayaan pindaan Perlembagaan bagi Rang Undang Undang (RUU) Kewarganegaraan di Dewan Rakyat hari ini berpaksi kepada dua tokoh utama.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddn Nasution Ismail perlu dikenang jasa sebagai individu yang tidak lelah dan jemu untuk menjayakan pindaan RUU itu setelah ianya tersekat pada awal tahun ini, selain penghargaan perlu diberikan kepada Majlis Raja-Raja; Kerajaan Sabah Sarawak; parti parti politik dan NGO yang terlibat.


"Pindaan Perlembagaan ini melalui jalan berliku-liku. Pada awal tahun 2024 selepas pihak berkepentingan tidak mencapai konsensus, ia seolah-olah sudah “terbenam” dalam Standing Order selama-lamanya.


"Tapi ada dua orang pemimpin yang tidak putus asa," katanya dalam kenyataan petang ini.


Kedua dua tokoh berkenaan, kata Tze Tzin berusaha keras memujuk Raja raja Melayu, kawan dan lawan politik untuk memastikan mendapat sokongan 2/3 di Dewan Rakyat bagi menjayakan pindaan.


"Mereka berhempas pulas menghadap raja-raja, melayan desakan NGO, bersabar dengan tuntutan parti kawan dan lawan.


"Mereka duduk mendengar segala cadangan MP-MP kerajaan dan pembangkang.


"Atas usaha yang gigih, “political persuasion skills” luar biasa dan kesabaran yang “tahap dewa”, Kerajaan Perpaduan hari ini mencipta sejarah dengan bukan sahaja 2/3 majoriti, malah dapat sokongan blok pembangkang.


"Mereka tidak lain, tidak bukan adalah PMX @anwaribrahim & MDN @saifnasution," katanya.


Kepada mreka, kata Tze Tzin, layak menerima sebesar penghormatan dalam usaha yang tidak kenal putus asa.


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai hak kewarganegaraan dengan 206 Ahli Parlimen bersetuju, 1 tidak bersetuju, 14 tidak hadir.


Satu rekod cemerlang di tengah tengah desakan pembangkang agar PM Anwar menguji sokongan Ahli Parlimen ke atas pentadbian beliau. Pemerimaan sokongan luar biasa itu sekali gus membuktikan Anwar lepas Undi Percaya sebagai PMX.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page