top of page

Anwar, Probowo tekad tingkat hubungan Malaysia-Indonesia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan tekad bersama untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara kedua-dua negara.


Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook berkata, usaha tersebut merupakan antara yang disentuh dalam pertemuan dengan Prabowo petang Sabtu.


"Ketemu sahabat karib saya, Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto, petang tadi.


"Kami menyentuh beberapa perkara yang melibatkan kepentingan bersama, yang paling penting ialah tekad kami untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara dua negara bersahabat.

"Kami turut menegakkan tekad untuk mengukuh dan menjamin jalinan kerjasama serantau ASEAN," katanya.


Prabowo yang juga Menteri Pertahanan negara itu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Indonesia daripada Presiden Joko Widodo, Oktober ini.


Sementara itu Anwar melalui hantaran sama menyatakan rasa berbesar hati menerima undangan Prabowo ke majlis pelantikan Presiden Indonesia yang akan diadakan pada 20 Oktober ini di Jakarta.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page