top of page

Anwar pemimpin ke-17 kaya di dunia: AMK P Pinang kecam tohmahan ADUN Pas



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan ADUN Penaga dari Pas, Mohd Yusni Mat Piah yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ke-17 terkaya di dunia dengan memetik sumber tidak sahih iaitu 'Love Money'.


Susulan tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri (PM) di persidangan DUN itu, Ketua AMK Pulau Pinang, Fadzli Roslan menggesa supaya tindakan segera dan tegas diambil bagi memastikan institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dicemari dengan tingkah laku tidak wajar seperti itu.


Beliau mencadangkan agar ADUN tersebut digantung daripada menghadiri sidang DUN sebagai langkah tegas untuk melindungi integriti institusi.


"ADUN berkenaan juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan rakyat atas fitnah yang tidak bertanggungjawab.


"Tuduhan liar ini bukan sahaja memalukan, tetapi juga membuktikan kecenderungan Pas untuk bermain politik fitnah demi kepentingan politik sempit mereka.


"Sebagai wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat, ADUN tersebut sepatutnya berpegang kepada prinsip kebenaran, bukannya menyebarkan maklumat palsu yang bertujuan mencemarkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan," bidasnya menerusi satu kenyataan.


Menurut Fadzli lagi, tindakan seperti itu memperlihatkan politik terdesak Pas yang lebih gemar mencetuskan kebencian berbanding menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan ia perlu dihentikan serta-merta.


Dalam masa sama, beliau menyifatkan rakyat Malaysia telah penat dengan budaya politik fitnah yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian.


"Pas perlu mengakui bahawa era politik kebencian sudah berlalu, dan rakyat kini menuntut kepimpinan yang telus, progresif, dan memberi tumpuan kepada pembangunan.


"Kami berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan dalam merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menghalang usaha ini melalui politik kotor dan tidak bermaruah," katanya.


Baru-baru ini, menerusi satu laporan yang dikeluarkan Love Money, Presiden KEADILAN itu menduduki tempat ke-17 sebagai pemimpin terkaya di dunia biarpun dalam perisytiharan harta pada 2018 lalu PM yang ketika itu Ahli Parlimen Port Dickson secara sukarela telah mengisytiharkan hartanya sebanyak RM12 juta.


Dalam sidang DUN itu beberapa wakil rakyat kerajaan juga meminta Yusni menarik balik kenyataannya kerana jumlah RM12 juta tidak mungkin boleh dianggap antara paling kaya di dunia.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page