top of page

Anwar-Paetongtarn tingkat kerjasama ekonomi, perdagangan dua hala



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kehadiran Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ke Malaysia baru-baru ini menambah eratkan hubungan dua negara serta menyerlahkan juga kepimpinan PMX yang diyakini oleh pemimpin-pemimpin antarabangsa.


Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Madani, semakin ramai pemimpin-pemimpin dunia mengunjungi Malaysia untuk mempereratkan hubungan serta kerjasama dalam pelbagai bidang yang memanfaatkan rakyat negara masing-masing.


Terbaru, pada 15 Disember lalu, PM Thailand menjejakkan kaki selama dua hari di bumi Malaysia dengan tujuan memperakui kepentingan persahabatan dengan negara ini serta komitmen bagi memperluaskan kerjasama dalam perbagai bidang.


Paetongtarn mengakui melalui lawatan tersebut beliau mahu melebarkan lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelancongan dan keterhubungan sempadan yang menjadi keutamaan Malaysia dan Thailand.


Sudah pasti pertemuan kedua pemimpin ini secara langsung dapat merapatkan lagi hubungan kedua negara dengan semangat kejiranan yang amat harmoni serta saling hormat menghormati.

PMX sendiri juga semasa mengalu-alukan kehadiran rakan sejawatnya, merujuk beliau sebagai 'rakan keluarga' yang secara jelas menonjolkan hubungan akrab mereka.


Pertemuan tertutup


Selesai acara sambutan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Paetongtarn Shinawatra kemudian mengadakan pertemuan tertutup membincangkan beberapa perkara terkait kepentingan antara dua negara.


Kedua-dua pemimpin itu seterusnya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala. Lawatan rasmi ini cukup bermakna apabila kedua-dua pemimpin sepakat untuk memastikan semua projek yang dipersetujui bersama di sempadan siap pada masa yang ditetapkan.


Perkara tersebut dimaklumkan dalam sidang media bersama Anwar dan Paetongtarn Shinawatra sebaik selesai mesyuarat dua hala.


Antara projek yang dimaksudkan adalah penjajaran jalan raya menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.


Turut menjadi fokus adalah projek pembinaan jambatan kedua menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dengan Sungai Golok di Narathiwat yang pastinya akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada kedua-dua negara.


Selain itu, Anwar dan Paetongtarn turut menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan, Seni dan Warisan serta MoU mengenai Pembangunan Industri Getah dan Kerjasama Ekonomi.


Natijah daripada kesepakatan yang dipersetuju, kedua-dua pemimpin membulatkan tekad mengulangi kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua negara yang berlandaskan kepentingan bersama dan kesalinghubungan ekonomi, dalam konteks dua hala dan ASEAN.

"Menuju ke hadapan, kolaborasi sedia ada akan terarah kepada bidang ekonomi, keselamatan dan kerjasama sempadan, serta meneroka inisiatif-inisiatif baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala," tegas Anwar.


Bagi Anwar, beliau percaya Malaysia dan Thailand akan memanfaatkan hubungan yang erat terjalin untuk menerokai kerjasama strategik ketika ini dan juga di masa hadapan demi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page