top of page

'Anwar mampu lawan rasuah, sebab tidak ada rekod rasuah' - Zunar



Reformasi institusi akan berjaya di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau merupakan tokoh yang tidak pernah tersentuh unsur rasuah sejak awal kerjaya politiknya.


Menurut kartunis politik terkemuka tanah air, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar, tidak ada PM sebelum ini yang berjaya melawan rasuah kerana karier politik mereka sendiri dipertikaikan dengan unsur kronisme dan nepotisme.


"Datuk Seri Anwar ini simple, seorang tak ada rasuah, kerana orang yang tak ada rekod rasuah maka boleh lawan rasuah.


"Dia hadir pada waktu negara kita sarat rasuah. Dia telah mengambil langkah, biar pun masih awal, tetapi hanya Anwar seorang sahaja yang berani. Sembilan PM sebelum ini tidak berani lawan rasuah.


"Kita ambil contoh simple, tidak ada seorang berani siasat Tun Daim dan Tun Mahathir. Anwar tetap jalankan (siasatan), dia kata banyak kali tidak tolak ansur rasuah.


"Kalau ada isu peribadi (menzalimi beliau) dia maafkan tetapi isu rasuah dia tidak bertolak ansur," katanya kepada Suara Keadilan.


Zunar memperlihatkan salah satu kartunnya pada 1999, menyentuh Trivolli Villa yang dijadikan lokasi pertuduhan

Zunar ditemui bersama pameran kartun politik menyentuh sejarah 26 tahun reformasi pada Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Mengulas mengenai penglibatan beliau dalam melukis kartun politik, Zunar yang pernah popular dalam majalah humor Gila Gila pada era 1980an - 1990an berkata, pada peringkat awal beliau melukis kartun humor tanpa menyentuh isu politik, namun pemecatan Anwar pada 1998 menyentuh nalurinya untuk berjuang menentang pemerintahan Tun Mahathir yang semberono ketika itu dengan karya kartun.


"Saya buat kartun bersifat politik, kritik pemerintah yang pada saya zalim memenjarakan Anwar, iaitu Mahathir.


"Saya buat kartun ini untuk perjuangan. Jadi isi perjuangan itu adalah melalui kartun. Kerana itu bila saya buat kartun walaupun menerima bermacam akibat, kena lokap, kena tangkap, saya tetap kekal berdiri kerana kartun ini perjuangan. Berbeza dengan buat kartun untuk cari makan, ini perjuangan," katanya.


Menyifatkan perjuangan dalam bentuk kartun ketika era reformasi mudah menyedarkan rakyat, maka beliau terus melukis kartun politik sehingga ke hari ini.


"Semua perjuangan ditumpahkan kepada visual kartun. Kerana kartun ini sangat berkesan. Orang suka tengok. Saya guna bakat sedia ada untuk kepentingan perjuangan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page