top of page

Anwar-Macron bincang politik antarabangsa, tingkat kerjasama teknologi



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan panggilan telefon bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron membincangkan isu semasa antarabangsa termasuk perkembangan selepas mereka sama sama bertemu di Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil, pada 19 November lalu.


Perdana Menteri berkata, rakan sejawatannya itu senada untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan juga kecerdasan buatan (AI) oleh kedua dua negara. Selain membincangkan beberapa senario politik antarabanagsa.


"Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron di atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.


"Kami juga sepakat untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian," katanya dalam muat naik di Facebook.


Dalam pada itu, PM menyatakan kesediaan Malaysia menerima Macron dan delegasi hadir pada Mei ini dalam usaha meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page