top of page

Anwar, JPPA ucap takziah pemergian Sheikh Youssef Nada

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 22, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucap takziah di atas pemergian tokoh Islam terkenal Almarhum Sheikh Youssef Nada.


Sheikh Youssef yang berasal dari Mesir, kata Anwar, merupakan seorang aktivis gerakan Islam yang begitu berjasa kepada umat terutama dalam bidang ekonomi.


"Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

"Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar ruhnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah," katanya di Facebook.


Sementara itu, Jabatan Pemahaman dan Pemàntapan Agama KEADILAN (JPPA) Malaysia turut mengucap takziah di atas pemergian Allahyarham.


Menurut Setiausaha JPPA, Ustaz Muhamad Muszaki Mohd Ozir, Almarhum Sheikh Youssef adalah seorang tokoh yang dihormati, bijaksana dan banyak berjasa kepada umat. Kehilangan beliau amat dirasai masyarakat Islam di seluruh dunia.


"Sheikh Youssef Nada dikenali sebagai seorang pemimpin yang teguh dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Nasihat, hikmah, serta sumbangan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada kita semua.


"Jihad beliau dalam bidang bisnes bagi mendanai usaha dakwah global," katanya.


Sheikh Youssef merupakan besan kepada Sheikh Yusoff Al Qaradawi tokoh ilmuan Islam tersohor yang meninggal dunia pada 2022 lalu.


"Kami mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, melipatgandakan pahala amalannya, dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh di syurga Firdaus," kata Muszaki lagi.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page