top of page

Anwar gembira hasil Sidang Kemuncak ASEAN



Perdana Menteri gembira dengan pencapaian ketara dan daya tahan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) walaupun menghadapi halangan akibat kesan berpanjangan daripada pandemik Covid-19.


Bercakap pada satu sidang media selepas mempengerusikan Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-15 semasa Sidang Kemuncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara anggota telah memuji komitmen teguh pemain utama pelancongan BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri melalui penyelesaian inovatif.


"Sumber tenaga mampan diiktiraf sebagai keutamaan dan pengupaya kritikal peralihan tenaga bersih BIMP-EAGA, selain peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi dalam mencapai ekonomi digital," katanya kepada media Malaysia.


Beliau sementara itu memuji Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang menurutnya berjaya merumuskan isu Myanmar yang agak rumit dengan lebih baik.


Tegasnya, negara-negara anggota ASEAN kekal dengan prinsip mereka untuk mempertahankan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dalam berhadapan isu tersebut.


"Isu yang dianggap agak kontroversi, rumit, Myanmar itu juga dapat dirumuskan dengan lebih baik.


"Negara-negara nampak kekal pertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PC) itu, iaitu yang menyentuh soalan kemanusiaan, soal penyelesaian mengikut rukun antarabangsa dan lain-lain, tetapi memberi ruang supaya ada kemungkinan secara tidak rasmi, berunding terus bukan sahaja dengan kekuatan Junta tapi semua yang terlibat," kata Anwar.


Tambahnya dalam isu Myanmar, Malaysia mengambil pendirian yang lebih jelas yang mahu isu tersebut diselesaikan dengan segera.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page