top of page

Anwar Calon Tepat Ambil Alih Pemerintahan Negara


Oleh: Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid


ULASAN: Ketidaktentuan politik dan kegagalan mengurus bencana menjadi punca utama para pelabur keluar dari Malaysia. Ini memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi Malaysia dan kita juga akan terjerumus sekali lagi dalam krisis ekonomi seperti tahun 1998.


Ditambah pula dengan Perdana Menteri tan Sri Mahiaddin Yassin hilang sokongan dari Umno. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional bersama Umno dan beberapa parti lain yang gagal mengurus krisis pandemik Covid-19 dengan baik dan berkesan.


Dengan saiz kabinet yang besar termasuk 4 orang menteri kanan dan kini dilantik pula Timbalan Perdana Menteri yang baru tidak memberi sebarang jaminan kepada jalan keluar krisis ini, malah hanya menambah perbelanjaan gaji dan elaun para menteri di saat rakyat kesusahan dan kelaparan sehingga terpaksa menaikkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan dan ditambah pula angka kes bunuh diri sebanyak 468 kes dari Januari hingga Mei 2021.


Kembali kepada Pakatan Harapan


Rakyat kini kembali memberi pengharapan kepada Pakatan Harapan (PH) setelah Tun Mahathir tidak lagi bersama PH. Mahathir cuba mengambil kesempatan di atas kekusutan yang melanda dengan pelan seakan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu Majlis Pemulihan Negara. Masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia pada 24 Februari 2020, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan secara tiba-tiba tanpa berbincang dengan pimpinan PH ketika itu.


Ini memberi gambaran jelas bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi berminat untuk mempimpin negara. Tun Mahathir meletakkan negara kepada krisis politk tetapi selepas perletakan jawatan itu dia menggerakkan usaha untuk kembali menjadi Perdana Menteri. Terkini, Mahathir menyebut dalam satu wawancara antara calon Perdana Menteri akan datang ialah Azmin Ali dan Mukhriz Mahathir. Ini mebuktikan dengan jelas dan terang bahawa Mahathir seorang yang tiada prinsip dan ingin meletakkan legasi beliau sebagai boneka.


Sepertimana yang kita tahu Azmin mempunyai hubungan dengan Mahathir dan pastinya akan mengambil segala kesempatan atas apa yang diucapkan oleh Mahathir semalam. Azmin sekarang ini merupakan makhluk paling dibenci setakat ini kerana memandang enteng penularan Covid-19 dan mula merebak secara sproadik dalam kalangan komuniti.


Sebagai Menteri MITI beliau telah menggunakan kuasa untuk membuka sektor kilang dan beberapa industri tidak perlu. Azmin pula pada masa yang sama mempunyai hubungan yang sangat baik bersama Hishamuddin Hussein yang dikatakan sedang merancang sesuatu untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara ini.


Sebagai Menteri Luar, beliau juga telah gagal menjawab isu pencerobohan pesawat dari Israel, pesawat tentera China dan Bot Pengawal Pantai China telah menceroboh batas sempadan negara. Sebaliknya Menteri Luar dari China pula digelar “Abang Besar”.


Anwar calon PM terbaik


Di kala ini semua tertumpu kepada sosok tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang paling layak mengambil jawatan Perdana Menteri, walaupun muncul 'pengacau' Yusoff Rawther yang saya percaya telah diupah oleh seseorang untuk menggagalkan usaha berkenaan.


Yusof yang sebelum ini diwakili oleh peguam pro kepada Mahathir telah membuat ftnah terhadap Anwar dengan tuduhan serangan seksual terhadapnya. Mudah untuk memahami perjalanan fitnah ini melalui sejarah pada garis masa bermula dari tahun 1998. Kerana pengulangan fitnah yang seakan sama telah berjaya membawa Anwar ke penjara. Dan kini 2021, sejarah itu cuba diulang. Ini petanda yang cukup kuat bahawa ada pihak yang tidak senang dan menggelupur.


Berdasarkan sejarah yang tidak dapat dinafikan, ketika krisis ekonomi yang pernah melanda negara, Anwar Ibrahim telah berjaya membawa negara keluar dari kemelut tersebut sehingga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.


Oleh itu tiada calon lain yang lebih baik, hanya ANWAR IBRAHIM.


Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:


"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Ahli Parlimen Kapar


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page