top of page

Anwar bantu Otai Reformis hidapi masalah paru paru



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi tidak melupakan jasa para reformis yang memperjuangkan reformasi sejak 1998.


Terbaharu, dalam program Ziarah MADANI, Farhan menyantuni Otai Reformis 1998, Syed Harun Syed Yacob (gambar, kiri) di kediamannya di Gombak.


Syed Harun menghidap sakit berkaitan paru paru yang menyukarkannya bernafas dan memerlukan alat bantuan tabung oksigen.


"Saya dimaklumkan beliau mempunyai masalah paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan.


"Saudara Farhan menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung (Syed Harun)," kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Syed Harun memerlukan bantuan oksigen

Sementara itu, Syed Harun yang terharu dikunjungi Farhan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Presiden KEADILAN terhadap Otai Reformis seperti beliau.


"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Seri Anwar bagi sumbangan saya


"Terima kasih kepada Farhan dan staf yang ziarah saya.


"Juga terima kasih kepada rakan lama, Jonah, Khairul Anwar dan lain lain (yang menyampaikan masalah kesihatan beliau)," katanya kepada Suara Keadilan.


Syed Harun bermula sebagai refomis sejak menuntut di kolej pada era 1970an. Beliau kemudian menjadi aktivis reformasi demonstrasi jalanan sebaik sahaja Datuk Seri Anwar dipecat pada 1998 dan kekal mendukung reformasi sehingga ke hari ini.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page