top of page

Jentera Perpaduan bergerak satu pasukan - Anthony Loke



Oleh: Abdullah Zaid


Jentera BN-PH akan bergerak sebagai satu pasukan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota bagi mengekalkan kemenangan kepada blok Perpaduan.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ruang kerjasama perlu diperkuatkan bagi memberi peluang yang lebih cerah kepada calon Perpaduan memenangi kerusi berkenaan.


"Saya yakin kita boleh buat dengan lebih baik. Saya harap semua jentera turun sebagai satu pasukan.


"Sekarang, kita sudah bersama tak kira baju merah, biru dan putih sekalipun. Kita bergerak bersama dan berkempen untuk menang bersama," katanya pada perasmian Pusat Operasi Perpaduan di Kluang, hari ini.

Anthony Loke Siew Fook

PRK DUN Mahkota, mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah (calon nombor satu) sebagai wakil Perpaduan bagi mempertahankan kerusi berkenaan.


Ahli Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) itu berpengalaman 10 tahun dalam dunia politik.


Mengulas lanjut, Loke optimis calon Perpaduan mampu meraih sokongan pengundi atas pengalaman beliau yang boleh dimanfaatkan.


"Saya yakin Syed Hussien boleh diterima oleh semua kaum di Mahkota.


"Saya mendoakan selamat maju jaya dan kemenangan kepada beliau," ujarnya lagi.


PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.


Dari segi komposisi kaum, DUN Mahkota terdiri 56% pengundi Melayu, diikuti 34% pengundi Cina, India, (8%) dan lain-lain 2%.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page