top of page

Angkatan Muda Harapan komited teruskan agenda reformasi



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Harapan (AMH) komited meneruskan agenda reformasi sekali gus bertekad memperjuangkan hak dan kebajikan anak muda demi memastikan Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) terus mendukung suara belia dan kekal sebagai pilihan utama generasi muda.


AMH dalam satu kenyataan bersama berkata, tekad itu disuarakan susulan pelantikan kepimpinan baharu yang menyaksikan Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong dipilih menerajui kepimpinan anak muda itu.


''Kami juga akan menggembleng seluruh tenaga bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning di Perak.


''Pada masa yang sama, AMH mengecam Perikatan Nasional (PN) yang sering menabur fitnah, berpolitik sempit, dan memainkan sentimen perkauman dan agama untuk memecahbelahkan rakyat.


''Politik kebencian yang diamalkan PN tidak membawa manfaat kepada negara dan hanya akan merosakkan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia,'' kata mereka.


Selain Kah Leong, kenyataan bersama itu turut disertai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Adam Adli Abd Halim; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda; Ketua Pergerakan Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang dan Ketua Wanita Muda AMANAH Nasional, Masturah Abu Bakar.


Menjelang Plihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, AMH turut bertekad memperkukuhkan jentera sayap pemuda parti masing-masing dengan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan.


Kata mereka, ia dibuat demi membantu calon-calon PH untuk meraih sokongan generasi muda.


''Angkatan Muda HARAPAN menyeru seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, khususnya anak muda, untuk menolak politik toksik dan ekstrem demi memelihara keharmonian masyarakat dan menjanakan pembangunan negara,'' ujar mereka lagi.


Terdahulu, AMH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Ketua AMH, Dr Kelvin Yii Lee Wuen atas kepimpinan, jasa dan bakti sepanjang menerajui angkatan tersebut.


Mereka menyifatkan kepimpinan Kelvin telah menjadi tonggak penting dalam memperjuangkan aspirasi generasi muda dan memperkukuhkan peranan pemuda dalam politik arus perdana.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page