top of page

Angkat suara akar umbi dalam setiap keputusan cabang - Karen Kasturi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read



Suara ahli akar umbi perlu diberi keutamaan dalam membuat keputusan di peringkat cabang KEADILAN.


Menurut calon Ketua Cabang KEADILAN Seputeh, J Karen Kasturi (gambar), anggota akar umbi perlu lebih berperanan dalam menentukan hala tuju parti di peringkat cabang bagi memudahkan komunikasi dengan penduduk setempat serta meraih sokongan untuk menghadapi pilihanraya.


"Saya percaya, kekuatan parti bermula dari tangan-tangan yang bekerja dan hati-hati yang ikhlas.


"(Kita perlu) membina Cabang Seputeh sebagai sebuah entiti kepimpinan masyarakat yang telus, berprinsip dan berpaksikan khidmat untuk rakyat melalui pendekatan profesional, aktivisme akar umbi dan semangat reformasi demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Pada pemilihan kali ini Karen Kasturi menawarkan untuk mengangkat suara ahli akar umbi sebagai nadi utama dalam setiap keputusan cabang; membina barisan kepimpinan yang berintegriti, telus dan akauntabiliti; melonjakkan peranan Cabang Seputeh sebagai pusat khidmat dan penggerak masyarakat setempat yang aktif; menyantuni suara wanita dan anak muda sebagai teras kekuatan parti; dan menyantuni golongan rentan - ibu tunggal, warga emas, dan OKU.


Sebelum ini Karen Kasturi mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun sebagai seorang juruaudit profesional.


Beliau komited kepada prinsip ketelusan dan akauntabliti dalam setiap keputusan dan dalam kepimpinan politik


Kasturi juga aktif sebagai seorang pemimpin masyarakat dan aktivitis dalam memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan termasuk isu-isu yang melibatkan kebajikan masyarakat, pendidikan dan keselamatan kanak-kanak & wanita dan pemberdayaan wanita untuk memastikan wanita mempunyai peluang yang sama rata dalam setiap aspek pembangunan.


"Saya turut mempunyai pengalaman dalam Pentadbiran Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Kementerian Perpaduan Negara di mana saya telah terlibat dalam pelaksanaan dasar perpaduan, program perpaduan nasional dan pembangunan komuniti majmuk," katanya.


Beliau percaya gabungan pengalaman profesional dalam bidang audit dan korporat serta pendedahan dalam pentadbiran kerajaan membolehkan beliau menyumbang pengalaman memimpin di peringkat cabang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page