top of page

Anggota KEADILAN perlu tingkatkan gerak kerja parti, ekonomi - Fakhrul Anuar



Oleh: Akmal Manaf


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengingatkan jentera ranting agar meningkatkan gerak kerja peringkat kawasan bersama masyarakat sekeliling.


Selain itu, katanya, penjagaan kesihatan, ibadah dan kegiatan ekonomi perlu diberi perhatian kerana ia akan meningkatkan kecergasan ahli dan organisasi ranting.


Selain itu katanya, pemeriksaan kesihatan berkala juga perlu dilakukan bagi memastikan penjagaan kesihatan yang berterusan.


"Di sudut keagamaan pula, ahli-ahli yang beragama Islam diingatkan tentang penjagaan dan pelaksanaan solat lima waktu dan mengimarahkan masjid.


"Daripada aspek ekonomi pula, ahli perlu berikan perhatian untuk mengambil manfaat semua inisiatif Kerajaan MADANI yang disediakan bagi membantu ekonomi ahli masing-masing," katanya.


Fakhrul mengingatkan perkara berkenaan dalam ucapannya ketika penganjuran siri majlis ceramah kelompok untuk pimpinan dan ahli KEADILAN pada 11 November lalu.


Ceramah yang telah dianjurkan bersama Ranting Medan Warisan itu diadakan sebagai usaha berterusan untuk memantapkan jentera Ranting dalam Cabang Kuantan.


Dalam pada itu, Fakhrul yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan menyifatkan, penglibatan ahli-ahli dalam kebun komuniti dan geran Sejati MADANI berpotensi membantu merancakkan ekonomi ahli.


"Semua pimpinan dan ahli Ranting diingatkan agar menggunakan aplikasi ADIL dan CISTA dalam menggerakkan organisasi di peringkat akar umbi.


"Penggunaan aktif aplikasi ini akan menambah bilangan anggota baharu di peringkat Ranting dan menggerakkan program parti di dalam masyarakat," ujarnya lagi.


Ranting Medan Warisan merupakan Ranting baharu yang didaftarkan sejak Oktober 2024 diketuai Ketua Ranting, Mohd Musa Abdul Hamid.


Bilangan anggota setakat ini adalah seramai 90 orang dan Ranting ini berada dalam Daerah Mengundi Medan Warisan di bawah DUN Tanjung Lumpur, Parlimen Kuantan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page