top of page

Anggap pemimpin Islam DAP sesat, politik melampau - Ust Zawawi



Oleh: Akmal Manaf


Komen sesetengah pihak termasuk laskar siber pembangkang di media sosial yang melabel pemimpin Melayu-Islam DAP menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu sebagai sesat adalah politik melampau.


Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, DAP merupakan sebuah parti politik yang tiada kaitan dengan akidah Islam serta tidak boleh dianggap seseorang memegang jawatan dalam parti itu mengingkari Islam.


Katanya, pendapat politik seperti itu amat tidak wajar diamalkan dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.


"Ia (melampau) apabila melihat keanggotaan dalam parti politik dianggap sebagai menggangotai akidah (agama). Seolah-olah macam masuk parti politik itu (masuk Islam), bila keluar (parti) sekali gus keluar daripada agama.

Antara komen yang melampau di media sosial
Antara komen yang melampau di media sosial

"Ini fahaman ekstrem yang membahayakan. Sebab itu sekarang kita menggalakkan supaya melihat daripada sudut pandang yang lebih sederhana.


"Ini kerana keseimbangan dalam pemikiran kita itu sangat penting supaya tidak mudah melabel orang lain apabila berada dalam parti politik tertentu, maka batal akidahnya," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Ustaz Zawawi berkata demikian ketika ditanya mengenai tuduhan sesetengah pihak terhadap pemimpin sebuah parti politik yang kononnya terpesong akidah kerana dilantik sebagai barisan kepimpinan parti berkenaan.


Menurut Ustaz Mohd Zawawi lagi, KEADILAN melihat perkara sedemikian perlu ditangani segera supaya fahaman melampau atau khawarij tersebut dapat dibanteras.


Beliau berkata, Islam mengajar umatnya ke arah kehidupan damai yang bermaksud saling menghormati antara satu sama lain.


Semalam anggota CEC DAP, Syahredzan Johan menempelak sesetengah pihak yang melempar komen ke atasnya dan Young Syefura Othman yang diundi menyertai CEC sebagai kononnya mengingkari Islam.


Beliau kesal kerana kebanyakan yang mentohmah itu adalah penyokong sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.


"Sejak saya dan Sdri Young Syefura Othman dipilih menggangotai CEC Democratic Action Party, macam-macam tohmahan telah dilemparkan kepada kami.


"Tetapi yang paling melampau adalah tuduhan bahawa kami murtad. Ini antara komen-komen sedemikian.


"Mungkin inilah hasil tunjuk ajar pemimpin mereka?" tanyanya dalam muat naik di Facebook.


Syahredzan dan Sefura merupakan dua pemimin muda Melayu-Islam yang mendapat antara undi yang banyak dalam pemilihan DAP yang diadakan pada 16 Mac lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page