top of page

'Anak saya tidak mengatasi undang undang' - Saifuddin



Tiada pihak yang boleh mengatasi undang undang.


Ungkapan itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya pemberita mengenai kes anak beliau yang disiasat polis.


Katanya, semua pihak akan dilayan sama rata berdasarkan undang undang yang terpakai kepada semua pihak.


"Anak saya tidak mengatasi undang undang. Kalau ada laporan ke atasnya tanggungjawab polis untuk menyiasatnya, seadilnya," kata beliau dalam sidang media di Lapangan Antarabanagsa Kuala Lumpur pagi tadi.


Ujarnya, kertas siasatan terhadap anaknya telah diserahkan ke Peguam Negara dan semuanya akan berjalan mengikut proses undang undang yang biasa.


"Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini, kertas siasatan sudah pun disempurnakan dan sudah diserahkan kepada Peguam Negara


"Prinsip saya pegang adalah semua kita tidak kebal undang undang, termasuk anak saya sendiri


"Jika sekiranya asas siasatan mendapati ada asas biar proses undang undang mengambil tempat," katanya.


Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.


Menurut beliau, kertas siasatan sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.


Terdahulu tular dalam laman sosial Telegram kes membabitkan anak seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wanita. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page