top of page

Anak muda renungi maksud hijrah, pertahan hak, tolak kezaliman - Anwar



Gerakan anak muda atau belia sempena Maal Hijrah 1446 ini perlu merombak paradigma dengan memahami maksud hijrah yang lebih luas.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hijrah bermaksud melepaskan diri daripada kepungan fizikal dan mental. Membawa minda ke kawasan pemikiran baharu yang lebih bebas serta mempertahankan hak keadilan.


Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di Ipoh, malam tadi.


"Terima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda pelbagai bangsa yang hadir pada malam ini bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah.


"Dalam ucapan, saya gesa anak-anak muda dan gerakan belia untuk renungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat," katanya dalam catatan di Facebook.


Anwar percaya anak muda Islam Perak mempunyai pemikiran lebih matang dan dinamik serta mampu berfikiran lebih bebas.


Justeru beliau berharap anak anak muda yang dinamik itu akan menyumbang ke arah pembentukan minda bangsa Melayu yang lebih terkehadapan.


"Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti PLG berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.


"Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page