top of page

AMK Wilayah sokong Kamil Munim menjawat Ketua AMK Malaysia



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan mengemukakan empat sebab mengapa sokongan diberikan kepada Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim bagi menjawat kedudukan nombor satu sayap pemuda KEADILAN dalam pemilihan akan datang.


Menurut kenyataan bersama, AMK Wilayah menyatakan Kamil telah menunjukkan kepimpinan yang efisien dan berwibawa dalam sayap itu dan sewajarnya beliau meneruskan kesinabungan.


"AMK Wilayah Persekutuan menzahirkan sokongan penuh kepada Muhammad Kamil Abdul Munim selaku Ketua AMK Malaysia pada pemilihan parti akan datang," kata kenyataan itu.


Sokongan kepimpinan AMK Wilayah bersandarkan empat perkara, iaitu kecemerlangan Kamil ketika menjadi regu kepada Ketua AMK Malaysia, Adam Adli Abdul Halim dalam mengemudi AMK Malaysia sepanjang penggal 2022-2025.


Kamil juga dikatakan mempunyai jaringan dan hubungan yang mantap antara rakan parti dalam Angkatan Muda Harapan (AMH), komponen Kerajaan Perpaduan serta badan-badan NGO, profesional dan badan-badan belia seluruh negara.


Pengalaman Kamil selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dalam pentadbiran juga boleh menjadi jambatan antara organisasi parti khususnya AMK dan pentadbiran kerajaan.


Penerimaan yang baik dari akar umbi semua lapisan juga, kata kenyataan itu, diambil kira.


"Atas empat perkara tersebut Kamil Munim merupakan individu yang layak mengemudi AMK Malaysia selaku Ketua AMK pada penggal akan datang dan seterusnya mempersiapkan AMK Malaysia dan parti KEADILAN menghadapi PIlihan Raya Umum yang akan datang," kata kenyataan itu lagi.


Selain menyokong Kamil, AMK Wilayah Persekutuan juga menyatakan bakal menampilkan beberapa pemimpin yang berpotensi dalam pemilihan akan datang bagi membantu memperkukuh sayap AMK Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua AMK Wilayah Persekutuan merangkap Ketua AMK Cheras, Muhammad Naqib Nasaruddin; Timbalan Ketua AMK Wilayah Persekutuan merangkap Ketua AMK Putrajaya bersama 23 pimpinan AMK lain di peringkat wilayah dan cabang.


 

Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page