top of page

AMK Wilayah Persekutuan bidas kenyataan Timbalan Presiden Pas



Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan membidas kenyataan seorang pemimpin PAS yang mendakwa "kemenangan Islam" mampu memperbetulkan dasar dan kemungkaran, seperti perjudian.


Ketua penerangannya, Muhammad Azha Salahudin merujuk laporan disiarkan portal milik Pas, Harakahdaily bertajuk 'Dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam' berkata, laporan itu yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai penuh dengan kecelaruan dan bersifat dangkal.


"Tuan Ibrahim mengatakan premis perjudian wujud kerana kelulusan diberi oleh pemimpin yang berkuasa dengan mendapat kuasa melalui pilihanraya.


"Adakah Tuan Ibrahim terlupa semasa Pas menjadi kerajaan selama 33 bulan di bawah PN, Pas sendiri gagal menghapuskan aktiviti judi dan kedai judi?" soalnya dalam kenyataan.


Sebagai rekod, laporan yang disiar Harakahdaily pada Selasa itu kini sudah dipadam.


Tuan Ibrahim antara lain berkata, kemenangan Islam dalam pilihanraya akan menyebabkan dosa golongan terdahulu diampunkan seperti dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran.


Memetik sirah kemenangan Rasulullah SAW bekas menteri itu berkata, keampunan Ilahi disebabkan berlakunya perubahan kepada pentadbiran yang menghapuskan maksiat yang telah dibenarkan oleh pentadbiran terdahulu.


Bagaimanapun, Muhammad Azha berkata keadaan lebih teruk semasa Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan apabila cabutan khas judi dinaikkan daripada lapan kepada 22 kali setahun.


"Lebih hina dan jijik lagi, kegagalan Pas untuk menghapuskan judi serta menaikkan cabutan khas judi semasa menjadi kerajaan bukanlah hasil daripada menang pilihanraya.


"Tetapi hasil daripada tebuk atap yang terbentuk daripada satu pakatan dan komplot jahat yang menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya yang turut menggesa pemimpin Pas supaya berhentilah daripada mempergunakan nama Islam sebagai modal politik murahan untuk menipu rakyat.


"Buktikan kehebatan Islam itu daripada perbuatan dan bukan hanya daripada penipuan halusinasi," tegasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page