top of page

AMK tidak terlibat himpunan anti-rasuah, penganalisis perlu tarik balik dakwaan



Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bermula dari Kompleks Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam merupakan sepenuhnya anjuran NGO, tanpa melibatkan mana mana sayap dalam Parti KEADILAN.


Naib Ketua KEADILAN Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, dakwaan penganalisis politik dan juga pempengaruh di media sosial, Shafiq Abdul Halim, kononnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia terlibat dalam perhimpunan itu adalah karut yang tidak boleh dibuktikan.


Menurut Rozan yang turut berperanan sebagai pemerhati NGO Malaysia Corruption Watch (MCW) dalam himpunan itu, tidak ada mana mana pemimpin dari Pakatan Harapan apatah lagi AMK yang berucap pada perhimpunan tersebut, mengesahkan tiadanya wakil parti berkenaan terlibat secara rasmi.

Rozan Azen Mat Rasip

"Ini tidak sepertimana tohmah beliau para pemuda komponen PH (DAP - AMANAH) turut menyertai himpunan itu. Ianya salah daripada justifikasi sebenar, bahawa separuh daripada yang menyertainya adalah aktivis sivil awam yang di luar lingkungan usia mahasiswa atau anggota pemuda parti politik.


"Itulah juga faktor mengapa jumlah yang hadir tidak ramai kerana tiada sokongan oleh mana-mana parti politik di lapangan himpunan," katanya menjawab dakwaan Shafiq dalam video berdurasi dua minit bahawa terdapat arahan melibatkan AMK mengambil bahagian dalam himpunan tersebut.


Sebaliknya kata Rozan, motif dan integriti Shafiq yang tercalar apabila beliau didakwa mempersenda nama institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam videonya.


Sehubungan itu, Rozan berkata, mantan pegawai penyelidik kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan berkenaan sewajarnya menarik balik dakwaan yang beliau buat sehingga memberi persepsi buruk kepada AMK.


"Mohamad Shafiq Abdul haruslah menarik balik kenyataan beliau dalam video beliau itu kerana cuba membuat persepsi buruk terhadap AMK Malaysia," tegasnya.


Selain itu, Rozan juga menasihatkan Shafiq agar meminta maaf kepada SPRM dan Kerajaan Madani yang terbukti berusaha keras membanteras korupsi di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page