top of page

AMK Selangor susun majlis pimpinan, mantapkan organisasi

Updated: Jul 20



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor baru baru ini telah melakukan penyusunan semula majlis pimpinan sayap pemuda parti itu.


Menurut Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim, mesyuarat bertempat di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor itu telah membuat beberapa lantikan baharu bagi memantapkan kepimpinan.


"Menerusi mesyuarat tersebut telah ditetapkan penyusunan semula Barisan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor.


"Penyusunan semula ini dilakukan bagi memperhalusi gerak kerja AMK Selangor bagi jangka masa panjang.


"Perkara ini selaras dengan Peraturan Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang membenarkan penyusunan dilakukan sekiranya dilihat perlu untuk pemantapan semula organisasi," katanya dalam kenyataan.


Justeru, Izuan mengucapkan syabas kepada individu yang dilantik dan semoga lantikan tersebut dapat memantapkan lagi organisasi AMK Selangor.


Beliau berharap AMK Selangor mampu untuk menarik lebih ramai anak muda bersama KEADILAN serta dapat merumus permasalahan dalam masyarakat untuk mencari kebenaran dan menegakkan Keadilan.


Senarai lantikan AMK ialah:


Ketua AMK Selangor

Mohd Izuan Kasim


Timbalan Katua

Mohd Iman Haziq Mohd Hazimi


Naib Ketua

Sivabalan Mugunthan

Christopher On Kean Li

Ruben Raj Arul Das


Setiausaha

Mohd Afif Abdullah


Bendahari

Khairil Izzat Nordin


Setiausaha Pengelola

Mohd Azimuddin Mohamed


Setiausaha Kerja

Radin Mohd Fawaz Razak


Ketua Penerangan

Noor Atillah Abdullah Sani


Pengarah Komunikasi

Dr Mohd Fauzi Fadzil


Ketua Skuad

Mohd Azri Mustafa


Pengarah Pilihanraya

Mohd Asyraf Syafiq Anuar


Pengarah Strategi

Khairul Anwar Rosnan


Biro Mahasiswa

Cairel Hashim Anwar Mohd Hashim


Biro Undang undang

Khairul Naim Rafidi


Biro Kebajikan

Yogabarati Rajandran


Biro Profesional

Mohd Zakwan Mohd Ali Hanaffiah


Biro Usahawan

Hanafi Ahmad Mufid


Biro Sukan

Gurjeet Singh Kuldip Singh

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page