top of page

AMK Sarawak hargai komitmen PM pupuk perpaduan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ketegasan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendirian menentang sebarang cubaan memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut garis perkauman dipuji.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Chiew Choon Man melalui satu kenyataan berkata, cubaan kumpulan politik tertentu menggunakan isu sekolah vernakular sebagai platform untuk mencetuskan ketegangan kaum dan mengkritik kerajaan sama sekali tidak boleh diterima.


"Saya menyokong penuh pendirian Perdana Menteri dalam isu kritikal ini.


"Sarawak adalah contoh cemerlang masyarakat berbilang agama dan budaya yang menerima kepelbagaian.


"Sebagai rakyat Sarawak, saya amat berbangga dengan kekayaan kepelbagaian agama dan budaya negeri kita. Kami menghargai penghormatan terhadap perbezaan," kata Ahli Parlimen Miri itu dalam kenyataan.


Anwar pada Sabtu mengingatkan semua pihak supaya menghormati kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil, sambil menegaskan negara ini telah lama mengamalkan sistem persekolahan berkenaan.


"Pada satu sidang media, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga mengingatkan umat Islam supaya tidak mengabaikan ayat al-Quran mengenali perbezaan dan menghormati antara satu sama lain


"Saya amat menghargai komitmen teguh Perdana Menteri untuk menegakkan penghormatan terhadap perbezaan, yang penting untuk perpaduan dan kemajuan negara," katanya.

Menurut beliau, dengan menjunjung nilai saling menghormati dan menghargai kepelbagaian, kita dapat membina Malaysia yang lebih harmoni dan makmur untuk semua.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page