top of page

AMK Sabah lantik jawatankuasa kepimpinan baharu menuju PRU 15



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah telah melantik jawatankuasa kepimpinan baharu dalam mesyuarat AMK Sabah kelmarin.


Menurut Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, mesyuarat berkenaan mengambil kira semua pandangan Ketua ketua AMK Cabang di Sabah dan mencapai kata sepakat dalam melantik pimpinan yang benar benar berkelayakan.


"Perlantikan ini atas kepercayaan dan kemampuan ketua-ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang dalam melaksanakan tugas.


"Saya yakin Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik ini mampu bekerja secara berpasukan serta tujuan utama adalah untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.


"Meletakkan kepentingan parti adalah perkara utama bagi AMK Sabah dan kami akan memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam serta Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew untuk merangka strategi memperkukuhkan KEADILAN Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zaidi lagi, AMK Sabah akan menumpukan usaha bagi merebut undi anak muda dan pengundi pertama kali yang jumlahnya besar di negeri itu kali ini bagi mengukuhkan undi Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.


"Dengan pertambahan Undi 18 yang telah diterajui oleh pengundi muda menjadikan mereka undi majoriti dalam membuat keputusan.


"Oleh itu, kami sedar tugas ini bukan mudah. Justeru AMK Sabah bersedia mengerakkan jentera di peringkat Cabang di negeri ini bagi memberi penerangan tentang halatuju perjuangan KEADILAN untuk menggalakkan dan mengajak anak muda melibatkan diri dalam parti ini dan Pakatan Harapan Sabah," kataya lagi.


Zaidi percaya, jika strategi dan pendekatan yang digunakan kali ini betul, maka anak muda akan bersemangat menyertai pasukan KEADILAN - PH.


Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah 2022 – 2025 seperti berikut:


Ketua AMK Sabah

Zaidi Jatil


Timbalan Ketua AMK Sabah

Remysta Jimmy Taylor


Naib Ketua AMK Sabah

Kartnee Azuna Putree

Muhammad Firdaus Charlie

Christopher Lee Yun Lin


Setiausaha

Mohd Raffi Jamaluddin


Penolong Setiausaha

Raidey Maguntang


Bendahari

Mohd Ghunthur Sangkar


Timbalan Bendahari

Mohd Fahrid Arastam


Setiausaha Pengelola

Ajkalil Biou


Penolong Setiausaha Pengelola

Siti Adilah Hasan


Ketua Penerangan

Arief Hambali J Indan


Pengarah Jpramk

Remysta Jimmy Taylor

Muhammad Firdaus Charlie


Pengarah Strategi

Suboh Duyong


Pengarah Biro Belia Dan Sukan

Mohd Rizzal Manap


Pengarah Biro Pendidikan

Jumasiah Lasama


Pengarah Biro Mobilisasi

Harlan Omar


Pengarah Biro Ngo Dan Hubungan Luar

Abdul Rijam Tirio


Pengarah Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama

Azhrie Jenaim


Pengarah Biro Kebajikan

Kartnee Azuna Putree


Ketua Squad

Abdul Malik Abdul Ghani


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page