top of page

AMK Sabah buat laporan polis fitnah PM isu lantikan Musa Aman



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah telah membuat satu laporan polis berhubung dua laskar siber TikTok yang cuba memburukkan reputasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.


Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dua pemilik akaun TikTok tersebut telah memfitnah dan menghasut rakyat Sabah untuk membenci PM.


"Kami (AMK Sabah) dan Cabang Kota Marudu hadir membuat laporan polis terhadap kenyataan mereka dalam siaran langsung TikTok yang menyebut dengan jelas Anwar Ibrahim tidak akan melantik Tun Musa Aman tanpa ada 'give and take..' kena ingat tu.." katanya dalam siaran media selepas membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu.


Dalam laporan polis, Zaidi berkata, salah satu pemilik akaun telah memfitnah Perdana Menteri didakwa menerima RM100 juta atau RM300 juta atau tawaran lain seperti memansuhkan Perjanjian Malaysia (MA63) sebagai imbalan melantik Musa.


Satu lagi pemilik akaun TikTok, katanya, memuat naik video menyebut mendakwa PMX memberi syarat kepada Musa Aman untuk mengeluarkan perbelanjaan Pilihan Raya Negeri Sabah sebanyak RM500 juta untuk Pakatan Harapan dan GRS sebagai ganjaran.


"Kami melihat tuduhan itu berniat jahat dan bermotifkan politik. Mereka sengaja mengadakan cerita berbentuk fitnah, hasutan, dan memberi imej amat negatif kepada kedudukan PMX selaku PM seolah-olah beliau secara langsung campur tangan dalam urusan SPRM dan tidak menghormati MA63.


"Ini jelas fitnah dan menghasut rakyat Sabah untuk benci kepada PMX. Justeru, kami memohon pihak polis agar dapat membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (588) dan Akta Fitnah 1957 (286)," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page