top of page

AMK perlu perkemas gerak kerja, jadi pemangkin keusahawanan, inovasi



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) harus memperkemaskan gerak kerja dan turun ke lapangan bagi menyantuni rakyat di peringkat bawahan.


Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil (gambar, atas) berkata, jawatan sedia ada bukan 'tiket' untuk seseorang itu menjadi golongan elit, malah ia perlu dimanfaatkan untuk mendekati rakyat.


Beliau berkata, peranan anak muda juga penting bagi memastikan kemiskinan di Sabah dapat dibasmikan menerusi beberapa medium.


"Ia adalah seperti pendidikan dan kesedaran; keusahawanan; inovasi dan teknologi; penglibatan dalam NGO dan komuniti; advokasi dan kesedaran sosial serta kepimpinan dan penyertaan dalam membuat polisi.


"Semoga segala pandangan, idea dan teguran ini dapat dihayati oleh kepimpinan dan anggota parti untuk kita terus memperkukuhkan parti ini," katanya dalam satu kenyataan.


Kepimpinan AMK Sabah bersama Timb. Ketua AMK Malaysia, Kamil Munim, Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud dll

Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan berkenaan di Konvensyen AMK Zon Borneo yang diadakan di Hotel Pan Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.


Majlis itu dimulakan dengan forum Kepimpinan Memenuhi Aspirasi Madani 'Peranan dan Tangungjawab Anak Muda Sabah'.


Dalam majlis sama, turut diadakan sesi perbahasan daripada AMK Sarawak dan Sabah yang menyaksikan pelbagai pandangan dan idea dilontarkan berhubung 'Kerajaan Perpaduan Asas Kestabilan Politik Sabah' serta KEADILAN sebagai pilihan Rakyat Borneo.


Katanya, pembahas turut menyentuh soal kepimpinan muda khususnya AMK untuk diberikan ruang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, akan datang.


"Saya juga amat terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada anggota parti dan NGO yang turut hadir sebagai pemerhati dalam konvensyen tersebut.


"Dianggarkan seramai 1,300 kehadiran daripada seluruh Sabah. Semoga kita dapat terus memperkukuhkan hubungan baik antara parti-parti kerajaan bagi memastikan kestabilan politik dalam negara.


"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen AMK Zon Borneo yang telah bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan konvensyen berjalan lancar," ujar beliau yang juga Ketua AMK Cabang Kota Marudu.


Hadir sama, adalah Pengerusi MPN KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Mohd Yunus Sakmud; Naib Presiden KEADILAN Pusat, Awang Husaini Awang Sahari; Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Munim; Naib Ketua AMK Pusat, Wendey Agong Baruh; Ketua AMK Sarawak, CM Chiew dan exco AMK Pusat serta Ketua-Ketua AMK Pulau Pinang, Perlis dan lain-lain.


Turut hadir, rakan-rakan parti Kerajaan Perpaduan antaranya Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Fairuz Renddan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim; Ketua Pemuda UPKO Pusat, Felix Joseph Saang dan Ketua Pemuda Pusat Parti Bersatu Sabah, Dr Christoper Mandut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page