top of page

AMK pelawa Sekretariat Rakyat Benci Rasuah dialog bincang tuntutan



Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Rakyat Benci Rasuah dipelawa untuk berdialog secara terbuka dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bagi membincangkan subjek dan tuntutan yang dikemukakan pada perhimpunan Sabtu lalu.


Pengarah Komunikasi AMK, Haziq Azfar berpendapat, kerajaan dan organisasi-organisasi wajar menganjurkan dialog serta perbahasan awam setiap kali pasca perhimpunan diadakan khususnya dalam isu melibatkan kepentingan awam yang mendesak.


"Sebagai permulaan, saya mempelawa Sekretariat Rakyat Benci Rasuah selaku penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah untuk berdialog secara terbuka.


"Pada himpunan Sabtu lepas, mereka membawa tiga tuntutan dalam perhimpunan 'halal' itu.


"Berbeza dengan implikasi yang dihadapi penganjur dan peserta setiap kali pasca penganjuran himpunan dengan pelbagai intimidasi daripada pihak penguatkuasa sewaktu pentadbiran yang lepas, pihak pemerintah kali ini wajar memulakan satu amalan baharu yang sebaliknya," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu laporan media menyebut, himpunan pada 25 Januari lalu itu yang rata-ratanya disertai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak kerajaan.


Setiausaha Sekretariat himpunan itu, Zaim Zulkifli, berkata tuntutan pertama yang akan dikemukakan adalah menggesa kerajaan menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Beliau berkata, tuntutan kedua pula meminta kerajaan 'membebaskan' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dengan meletakkan entiti itu di bawah Parlimen dan seliaan rakyat.


Ketiga, sekretariat itu menggesa kerajaan mempercepatkan Akta Pendanaan Politik di negara ini.


Meskipun himpunan itu kurang mendapat sambutan dengan kehadiran beberapa ratus orang namun terdapat isu yang agak mengesankan dan perlu dibincangkan bersama kerajaan bagi meredakan keresahan anak muda dan para aktivis.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page