
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Papar, Sabah baru baru ini menyantuni seorang ibu tunggal dengan 13 anak.
Menurut satu kenyataan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Papar, Abdul Rijam Tirio berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga asnaf tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan.
"Beliau membawa anak-anak dan ibu tunggal tersebut beli baju baru, bawa makan di restoran dan beri sumbangan bantuan.
"Objektif kita (AMK) jelas iaitu terus menyantuni golongan ini agar mereka terbela," kata kenyataan berkenaan.
Comments