Oleh: Abdullah Zaid
Bagi memperkemaskan jentera parti, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pandan mengadakan pertemuan dengan ranting Tasik Permai bagi membincangkan perincian program yang akan dilaksanakan secara bersama.
Naib Ketua AMK Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin berkata, selain membincangkan tentang program-program yang bakal dilaksanakan pertemuan itu turut membincangkan isu anak muda.
"Pertemuan dengan ketua ranting Kannatasan adalah memperincikan kehendak anak muda khusus di kawasan Tasik Permai serta beberapa program yang ingin dilaksanakan bersama.
"Menjunjung aspirasi Ketua Cabang Pandan yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN, demi menjaga semua bangsa dalam parti di Pandan, ini kerana parti kita unik mempunyai semua bangsa. Bersama-sama menjaga parti ibarat sebuah keluarga menjaga sebuah rumah.
"Beberapa perkara berbangkit juga diutarakan oleh Ketua Ranting, Puan Mariyammah Palanee buat warga Tasik Permai," kata Ifwat dalam satu kenyataan.
Jelasnya, masyarakat Tasik Permai mempunyai keunikan tersendiri kerana penduduknya yang sangat bersatu padu dan saling membantu tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
"Ini membuatkan saya rasa aman dan harmonis ketika berada di kawasan ini.
"Selain itu, saya juga percaya bahawa suara yang dibawa oleh masyarakat kita di bawah ini adalah yang terpenting dalam menjadikan parti kita sebuah parti yang bekerja untuk rakyat. AMK pula adalah ‘mover’ atau penggerak utama dalam berkerja untuk rakyat," ujarnya lagi.
Σχόλια