top of page

AMK mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel ke atas bekas Perdana Menteri dan pejuang kebebasan Palestin, Ismail Haniyeh.


Menerusi satu kenyataan, sayap parti itu berkata, pembunuhan tersebut jelas merupakan suatu pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.


"AMK mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga serta barisan kepimpinan dan seluruh warga Palestin.


"Sumbangan Allahyarham terhadap perjuangan rakyat Palestin sememangnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.


"Bahkan insiden ini sekali gus menambah luka kepada penderitaan rakyat Palestin yang sudah sekian lama berdepan penindasan dan kekejaman rejim zionis," kata kenyataan itu.


Pada masa yang sama, AMK juga mengecam tindakan biadab Israel dalam insiden pengeboman ke atas kota Beirut di Lubnan pada 30 Julai lalu.


"Serangan ini telah mengorbankan sekurangnya tiga nyawa tidak berdosa dan menyebabkan kerosakan infrastruktur dan kediaman rakyat di sana.


"AMK percaya bahawa kedua-dua insiden ini adalah manifestasi daripada pihak terdesak meraih kembali perhatian dan sokongan dunia yang semakin tidak memihak kepada mereka.


"Ketidakstabilan dan kekacauan di Timur Tengah sememangnya adalah objektif pihak tersebut, yakni dengan menggunakan taktik provokatif dan cubaan memancing tindak balas agresif daripada pihak lawan," ujarnya.


Justeru AMK menggesa, agar perbuatan-perbuatan terkutuk itu mendapatkan pembelaan sewajarnya oleh komuniti antarabangsa di samping mendokong penuh nasib rakyat Palestin.


"Gugurnya seorang Ismail Haniyeh tidak akan memadamkan semangat perjuangan beliau, malah membuka lembaran baharu dalam usaha menuntut keadilan dan kemerdekaan Palestin demi mewujudkan kestabilan dan keamanan yang berkekalan di rantau Timur Tengah," kata kenyataan itu lagi.


Semalam, media antarabangsa melaporkan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di ibu negara Iran, Tehran.


Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Israel di kediaman beliau di Tehran.


Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page