top of page

AMK Malaysia terima kunjungan AMPG Indonesia


Sesi dialog antara AMK Malaysia dan AMPG amat bermanfaat mendalami situasi politik kedua dua negara
Sesi dialog antara AMK Malaysia dan AMPG amat bermanfaat mendalami situasi politik kedua dua negara

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia semalam menerima kunjungan daripada Angkatan Muda Partai Golkar (AMPG) Indonesia.


Delegasi AMPG yang diketuai oleh Said Aldi Al Idrus itu mengadakan pertemuan di sebuah kafe di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan disambut oleh beberapa pimpinan AMK pusat.


Pimpinan yang hadir termasuk Bendahari AMK Malaysia, Hilmy Yakap; Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah, Mohamad Mahathir Mohamed dan Ketua AMK Selangor yang juga ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim.


Menurut Hilmy, pertemuan antara dua sayap parti pimpinan anak muda itu dimanfaatkan sebaiknya dengan sesi berkenalan bersama pimpinan baharu AMPG yang dipilih dua minggu lalu.


AMPG Indonesia menyerahkan cenderamata kepada AMK
AMPG Indonesia menyerahkan cenderamata kepada AMK

''Kami mengambil peluang ini untuk berbincang dan bertukar pandangan tentang peranan anak muda dalam politik, ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan antara dua negara.


''Terima kasih kepada urusetia kedua-dua pihak kerana menjayakan pertemuan ini dalam masa yang singkat.


''Semoga silaturahim yang terjalin antara dua Angkatan Muda ini dapat memartabatkan suara anak muda di setiap pelusuk Nusantara,'' tulis Hilmy dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page