top of page

AMK Kedah wujud taskforce tarik pengundi muda Sungai Bakap



Oleh: Abdullah Zaid


Bagi memastikan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah akan mewujudkan satu task force khusus untuk menarik hati pengundi dalam DUN berkenaan.


Ketua AMK Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pendekatan itu dilihat lebih berkesan mengambil kira sentimen dan kaedah berkempen di kawasan berkenaan.


"Task force ini mengambil kira pandangan pengundi DUN Sungai Bakap, sama ada pengundi di sana lebih termakan dengan sentimen mahupun cenderung untuk mengetahui apa program yang dibawa Kerajaan Madani ketika ini.


"Penilaian itu kemudian akan dibawa AMK Kedah bagi membantu calon Perpaduan dalam kempen nanti," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas peranan AMK dalam membantu merampas semula kerusi tradisi KEADILAN dalam PRK kali ini.


Jelasnya bagi memastikan kebolehmenangan selesa, Taufiq berkata, kempen dari rumah ke rumah akan terus dilakukan menerusi kerjasama dengan pemuda dalam komponen Kerajaan Perpaduan.


"Tumpuan yang dibuat banyak difokuskan untuk memenangi hati pengundi muda melalui program-program belia dan kempen fizikal.


"Gerak kerja ini juga akan melibatkan semua pemuda dalam Kerajaan Perpaduan Kedah termasuk AMK Pulau Pinang supaya kita boleh memikat hati pengundi untuk mengundi wakil Perpaduan," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page