top of page

AMK cadang pelantikan TYT melalui kaedah pilihanraya



Kontroversi pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah baru-baru ini yang mengakibatkan Perdana Menteri dikecam, mungkin boleh diselesaikan melalui kaedah pilihanraya.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar berkata, kaedah pilihanraya dianggap muktamad kerana tiada pihak boleh dipersalahkan sekiranya pengundian telah dijalankan secara telus dan rakyat telah menyatakan pendirian.


"Berikutan polemik pemilihan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah baru-baru ini, Kerajaan wajar mempertimbangkan supaya mana-mana pemilihan Yang Di-Pertua Negeri pada masa akan datang melalui pilihanraya dengan seluruh warganegara dari negeri tersebut sebagai pemilih.


"Ini alternatif yang jauh lebih baik dengan meletakkan beban kebertanggungjawaban yang lebih jelas dalam pemilihan Yang Di-Pertua Negeri terus ke bahu rakyat, berbanding kaedah sedia ada yang menyaksikan Perdana Menteri akhirnya dipertanggungjawabkan secara tidak adil, walaupun Perlembagaan Negeri menyatakan sebaliknya," kata Haziq dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, kerajaan boleh melaksanakan kaedah baharu itu dengan mencontohi model pilihanraya presiden yang banyak dilakukan di negara maju.


"Kerajaan boleh menimbangkan model pemilihan TYT Yang Di-Pertua Negeri daripada beberapa kaedah pilihanraya sedia ada termasuklah Pilihan Raya Presiden Singapura.


"Langkah ini akan memacu reformasi politik yang lebih progresif, meningkatkan penyertaan rakyat dalam demokrasi di samping memberi kejernihan (clarity) terhadap kebertanggungjawaban dalam pemilihan Yang Dipertua Negeri," katanya lagi.


Pelantikan TYT Sabah baru baru ini menyaksikan kritikan warga maya ke atas reformasi pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan kerana mereka mendakwa TYT Tun Musa Aman seorang yang kontroversi dan pernah dihadapkan ke mahkamah biar pun kes beliau tidak diteruskan.


Bagaimanapun, warga maya tidak pula membincangkan mengenai konsep kerajaan campuran yang mana parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan berhak menghantar nama pilihan mereka untuk jawatan jawatan kerajaan dan individu tersebut perlu dilantik.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page