top of page

AMK buat laporan polis pentadbir media sosial Najib



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia, Fahmi Zainol membuat laporan polis terhadap pentadbir (admin) media sosial bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Eric See-To.


Beliau berkata, ia susulan hantaran di Facebook Najib pada 7 Januari lalu yang didakwa mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang dikatakan telah menghina mahkamah.


"Hantaran di Facebook Najib pada 7 Januari lalu yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang turut disahkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes SRC International serta mengkritik hakim perbicaraan, adalah jelas merupakan satu tindakan jenayah menghina mahkamah.

Fahmi Zainol membuat laporan polis

"Cubaan pentadbir Facebook Najib yang berkali-kali mempertikaikan kewibawaan mahkamah dengan menjadikan institusi mahkamah sengaja dicemarkan untuk mewujudkan satu skandal sehingga memberi kesan buruk kepada institusi kehakiman negara, adalah tindakan keterlaluan yang bersamaan dengan jenayah menghina mahkamah.


"Oleh yang demikian, satu laporan polis telah dibuat terhadap Eric See-To selaku pentabdir Facebook Najib Razak yang bertanggungjawab atas hantaran terbaharu yang menghina mahkamah berdasarkan dua justifikasi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi lagi, hantaran menghina mahkamah yang dimuat naik melalui Facebook Najib Razak menyerupai sebuah artikel di laman Malaysiakini yang bertajuk 'Revisiting Najib’s RM42m SRC Conviction' pada 7 Januari 2025 yang ditulis oleh Eric See-To.


"Oleh itu, laporan polis yang dibuat terhadap Eric See-To adalah bagi memastikan dirinya dipertanggungjawabkan terhadap kenyataan yang dikeluarkan," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page