top of page

AMK bantu anak anak mangsa banjir Johor, sumbang baju Melayu



Oleh: Akmal Manaf


Cakna dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Johor apatah lagi menjelang Aidilfitri, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tampil meraikan 50 kanak-kanak di daerah Pulai yang terkesan akibat bencana itu.


Bendahari AMK Malaysia, Hilmy Yakap yang mewakili sayap pemuda itu berkata, bentuk sumbangan yang diberikan mereka kelmarin berupa kelengkapan baju Melayu untuk dipakai pada Syawal nanti.

AMK mengagihkan baju Melayu
AMK mengagihkan baju Melayu

"Semoga sumbangan ini dapat menceriakan raya adik-adik selepas musibah banjir pada minggu lepas," katanya menerusi satu catatan di Instagram rasmi beliau.


Kanak-kanak itu diraikan di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.


Turut serta menyampaikan sumbangan adalah Ketua AMK Johor, Mohamad Taufiq Ismail dan Ketua AMK Cabang Pulai merangkap Naib Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad.


Sumbangan berkenaan dihulurkan sebagai mewakili Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim dan Timbalannya, Muhammad Kamil Abdul Munim yang tidak dapat hadir.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page