top of page

AMK akan lancar kempen TurunHargaBarang dalam masa terdekat



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen #TurunHargaBarang dalam waktu terdekat bagi mendesak Kerajaan BN mengawal harga barang barang keperluan harian yang meningkat mendadak kebelakangan ini.


Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, kempen turun harga barang antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK), semalam.


"MPAMK telah mengadakan mesyuarat bulanan bagi membincangkan beberapa perkara utama yang berkaitan termasuklah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PRN Sarawak serta isu harga barang.


"Meneliti perkembangan semasa, khususnya dalam soal kenaikan harga barang makanan yang mendadak, MPAMK menzahirkan kegusaran dan kebimbangan terhadap usaha kerajaan dalam menangani isu ini yang ternyata menjejaskan kedudukan ekonomi serta kehidupan masyarakat Malaysia.


"Oleh yang demikian, bagi menggesa kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini, AMK Malaysia akan melancarkan kempen #TurunkanHargaBarang terutamanya yang melibatkan barangan keperluan asas isi rumah rakyat negara ini," katanya.


Menurut Syukri lagi, Kempen #TurunkanHargaBarang akan digerakkan secara bersama dengan badan-badan berkepentingan bertujuan untuk menjadi saluran buat masyarakat umum menyalurkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan gerak kerja kerajaan dalam mengekang kenaikan harga yang melampau.


"MPAMK juga telah membuat ketetapan untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada hari Jumaat, 3 Disember, jam 11 pagi di Putrajaya bagi menggesa pihak Kementerian serta kerajaan menangani isu kenaikan harga barang keperluan asas dengan segera.


"Dalam keadaan rakyat masih berdepan cabaran ekonomi ekoran pandemik Covid19, perbelanjaan besar dana rakyat melalui belanjawan dan juga saiz kabinet, sewajarnya diterjemahkan kepada kemudahan dan kesenangan yang dapat dinikmati oleh rakyat," katanya lagi.


Kenaikan harga barang keperluan harian telah menjadi isu hangat di media sosial dengan pelbagai NGO telah menyatakan bantahan terhadap kelemahan kerajaan BN sejak seminggu kebelakangan ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page