top of page

Amirudin jangka persempadanan Selangor- KL selesai dalam dua tahun



Proses persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua tahun lagi.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada satu sidang media di Shah Alam pada Rabu berkata, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) ketika ini sedang melaksana kerja pengukuran yang teliti.


Ia kemudian akan disusuli perjanjian bersama bagi dimuktamadkan persempadanan antara dua negeri itu.


"Kita mahu elakkan (sempadan) melintasi dapur rumah, beranda rumah, termasuk premis tertentu. Kita akan cuba jelaskan sempadan," katanya dipetik.


Amirudin pada Februari lalu menjelaskan, penetapan sempadan itu adalah langkah penting kerana membabitkan kutipan serta pembayaran cukai, penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penyelenggaran utiliti antara kedua-dua negeri.


Bagaimanapun usaha penetapan persempadanan antara Selangor dan Kuala Lumpur adalah rumit kerana melibatkan premis dan kawasan yang telah tepu bina.

Untuk rekod, Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur yang sebelumnya adalah ibu negeri Selangor sebagai Wilayah Persekutuan dimeterai di Istana Negara pada 1 Februari 1974


Selepas Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi, kesemua DUN Selangor yang terdapat di Kuala Lumpur dimansuhkan, manakala Parlimen dikekalkan selepas disusun semula.


Sementara itu, Amirudin ketika ditanya sama ada Selangor berhasrat menuntut kembali Kuala Lumpur di bawah pentadbirannya berkata, sebagai menghormati perjanjian penyerahan wilayah itu kepada Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 1974, kerajaan Selangor tidak berhasrat melakukan perkara itu.


Ini kerana jelasnya, isi perjanjian berkenaan tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya keberadaan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kedudukan bangunan Parlimen serta kewujudan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page