top of page

Amirudin jangka Akta 672 diratifikasi akhir tahun ini



Kerajaan Negeri Selangor dijangka memuktamadkan ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akhir tahun ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan menandatangani akta tersebut ianya bakal meringankan beban kewangan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam operasi pengurusan sisa pepejal di negeri itu.


"Antara kelebihan perjanjian 672 ini adalah Kerajaan Persekutuan akan mempunyai sebahagian dana untuk menampung kekurangan.


"Keadaan sekarang kutipan sisa pepejal itu dibuat dengan kos yang sangat ketat, hingga menyebabkan lambakan tambahan terutama pada masa musim perayaan selain pihak yang mengambil jalan pintas membuang di kawasan pelupusan sampah haram.


"Jadi apabila kita tandatangani perjanjian 672 ini, ia akan dapat menampung dari segi kos dan dalam proses akhir (tandatangani perjanjian)," katanya dipetik.


Operasi pengurusan sisa pepejal di Selangor dikendali KDEB Waste Management (KDEBWM) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.


Amirudin memberitahu, ketika ini kos operasi yang ditampung oleh KDEBWM bagi memungut satu tan metrik sampah dianggarkan RM7 hingga RM8 berbanding nilai sebenar pada RM14 hingga RM15.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page