top of page

Aminuddin mahu lihat Seremban jadi bandaraya bersih, ceria



Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan harapannya untuk melihat persekitaran Bandaraya Seremban menjadi lebih bersih, ceria dan indah kepada penduduk serta pengunjung.


Sehubungan itu beliau menyeru pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta jabatan dan agensi berkaitan agar terus komited serta proaktif dalam melaksana tugasan.


"Pegawai dan kakitangan MBS hendaklah lebih komited dan proaktif dalam tugas masing-masing dalam memastikan perkhidmatan yang lebih baik selaras dengan status Seremban sebagai sebuah Bandaraya," katanya dipetik.


Aminuddin sebelumnya dilapor mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penyelengaraan dan penambahbaikan infrastruktur kemudahan-kemudahan awam di kawasan-kawasan pengelolaan MBS.


Mesyuarat tersebut yang diadakan di Wisma MBS dihadirii pengarah-pengarah jabatan di bawah MBS, Jabatan Kerja Raya (Seremban), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Selia Selenggara Seremban, SW Corp Seremban, TM Seremban dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).


"Saya berharap kelangsungan mesyuarat ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan menjelang tahun 2025," kata ADUN Sikamat itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page