top of page

Ambil vaksin 'walk in', yang mendaftar masih ramai menunggu - Andre Lai

Updated: Jul 22, 2021


Kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bahawa penerima vaksin Covid 19 pada masa hadapan boleh mendapatkan suntikan secara 'walk in' tanpa mendaftar terlebih dahulu amat mengelirukan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, terdapat pelbagai persoalan di sekeliling pengumuman itu, terutama pemerima vaksin yang telah mendaftar sekian lama tetapi masih menunggu suntikan.


"Hakikatnya ramai yang berdaftar tetapi masih tidak mendapat jawapan.


"Dalam kempen mendapatkan tarikh temujanji vaksinasi Wangsa Maju yang bermula baru-baru ini, pasukan Parlimen KEADILAN Wangsa Maju mendapat ratusan permintaan setiap hari dari seluruh Lembah Kelang dan kebanyakkan daripada mereka digolongkan dalam fasa 2 dan 3 yang telah berdaftar berbulan lamanya.


"Sering terpapar dalam berita bekalan vaksin; biarpun dibeli atau diderma telah sampai ke tanah air, namun ‘berjuta-juta’ vaksin tersebut adakah sampai ke tangan penduduk?


"Dalam kemelut vaksinasi, agak terkilan apabila Menteri Khairy Jamaluddin mengumumkan program pembelian vaksin swasta (di klinik swasta) mulai bulan Ogos sedangkan terdapat ramai lagi rakyat marhaen yang tidak mendapat temujanji mereka," katanya.


Bagi Andre yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, masalah Covid 19 bukan sahaja melibatkan kesihatan.


Katanya, isu kesinambungan hidup juga berada pada tahap yang parah kerana ekonomi yang semakin menurun dan bantuan makanan tidak mungkin berkekalan sekiranya pintu mencari pendapatan semakin tertutup


"Selagi ‘imuniti kelompok’ tidak dapat dicapai, selagi itu sektor ekonomi akan terbantut," katanya.


Kata Andre lagi, statistik tidak lagi menyebelahi Kerajaan Perikatan Nasional dengan beribu-ribu jangkitan baru setiap hari dan ia cukup untuk membuktikan kerajaan ini tidak mampu menerajui pentadbiran negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page