top of page

'Ambil tindakan ucapan kebencian di Muktamar Pas' - Sekretariat Gerak Gempur



Oleh: Abdullah Zaid


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) tampil membuat laporan polis petang tadi berhubung ucapan kebencian pemimpin Pas terhadap Kerajaan Madani pada Muktamar Pas ke-70 di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


Ketua Biro Politik SGGMSR, Shahbudin Embun berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera memandangkan ucapan para pemimpin parti pembangkang itu dibimbangi boleh memberi kesan kepada kestabilan politik negara.


"Kami membuat satu laporan polis selepas melihat ucapan pemimpin Pas dalam muktamar yang bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia tetapi mendapat perhatian daripada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution).


"Beliau (Saifuddin) mengeluarkan kenyataan sebanyak tiga muka surat (menegur) pemimpin Pas kerana menggunakan muktamar untuk menghina, menfitnah dan membenci kerajaan," katanya dalam Sidang Media Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat petang tadi di Kuala Lumpur.


Untuk rekod, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan minggu lalu menegur pemimpin Pas untuk tidak terus menabur politik kebencian, menfitnah dan mencerca terhadap seteru politiknya.


Tegasnya, sikap pemimpin Pas yang asyik bercakap mahu merampas kuasa Kerajaan Perpaduan dilihat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang diasaskan oleh tokoh Pas sebelum ini termasuk Datuk Fadzil Noor, Yusuf Rawa dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mengulas lanjut, Shahbudin berkata, ucapan Presiden Pas, Hj Hadi Awang menerusi muktamar tahunan itu juga perlu disiasat.


Hal itu katanya, kenyataan pemimpin Pas itu diyakini ada kaitan dengan ucapan hasutan yang dibimbangi boleh mempengaruhi rakyat.


"Ucapan Hadi Awang dalam muktamar Pas adalah keterlaluan, kami tidak pernah melihat dalam mana-mana persidangan parti lain membuat begitu, hanya membincangkan isu-isu dasar dan masa depan parti.


"Tetapi Pas menggunakan muktamar untuk memanipulasikam fakta. Oleh itu saya gesa agar pihak berkaitan menyiasat ucapan sebegini," ujarnya lagi.


Dalam laporan polis yang dilihat Suara Keadilan, SGGMSR berkata, Pas telah menyempitkan pengertian Islam dan hal itu adalah satu kefahaman serta cara fikir yang menyeleweng sehingga sanggup menfitnah sesiapa yang tidak menyokong parti berkenaan.


Pemimpin parti terbabit juga, dakwa SGGMSR, sengaja menaikkan emosi dan kebencian umat Islam dengan mendakwa kerajaan ada agenda untuk melalaikan umat Islam melalui aktiviti hiburan dan sebagainya.


Pemimpin parti itu juga didakwa tidak berlaku adil dalam meletakkan hukum Islam yang mana apa jua yang dilakukan oleh Kerajaan dianggap salah tetapi tidak kepada Kerajaan Pas (pentadbiran negeri) sekalipun mereka melakukan perkara yang sama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page