top of page

Ambil serius konflik Laut China Selatan, pertahan kedaulatan negara - AMK Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor memandang serius isu berhubung konflik Laut China Selatan terutama apabila berlaku kebocoran Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing yang tular baru-baru ini.


Ketua Biro Undang-Undang AMK Selangor, Khairul Naim Rafizi berkata, sebelum ini terdapat laporan bahawa China bertegas hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) seluas 200 batu nautika yang dikongsi Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam adalah di bawah kedaulatannya.


Jelasnya, AMK Selangor menyokong penuh ketegasan PMX yang mengambil keputusan tidak akan menghentikan operasi meneroka kawasan yang berpotensi mempunyai minyak dan gas di Laut China Selatan meskipun wujud bantahan dari China.


"Namun, AMK Selangor turut ingin menyuarakan kebimbangan berkenaan isu ini kerana ia melibatkan hak kedaulatan dan kepentingan maritim di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam hal ini, katanya, kepentingan dan kedaulatan kawasan maritim Malaysia haruslah dipertahankan berdasarkan Peta Malaysia 1979.


"Hal ini selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.


"Kita sudah tidak mampu untuk melihat kesilapan seperti dalam isu Batu Puteh berlaku sekali lagi.


"AMK Selangor melihat isu ini harus diberikan keutamaan oleh kerajaan dengan melihat kepada sikap China yang semakin agresif dalam tuntutannya kebelakangan ini sehingga membina pengkalan tentera di Kepulauan Spratly," ujarnya.


Menurut kenyataan itu lagi, AMK Selangor berharap agar kerajaan menggunakan peluang Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan untuk menyelesaikan konflik berkenaan kerana ASEAN dilihat mampu menjadi wadah terbaik bagi berbincang dan mencari pendekatan demi kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page