top of page

Ambil semangat Al Quran, kukuh kekuatan dalaman umat



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam agar mengambil semangat dan pengajaran dari Al Quran untuk dijadikan pedoman dalam menghadapi dunia yang kian bergolak.


Beliau menyatakan demikian sempena menghadiri Majlis Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MYHQA) ke-64 Tahun 1446H / 2024 M di Kuala Lumpur malam tadi.


"Di tengah cabaran yang melanda dunia Islam muktahir ini adalah penting kita mengambil semangat Al-Quran bagi mengukuhkan kekuatan dalaman umat, meneroka bidang baru dan bijaksana menangani ancaman dalam kesabaran.


"Mengambil semangat bacaan dan kefahaman dari mesej Al-Quran, ayuh kita bangkit mengangkat darjat dan harkat umat," katanya dalam catatan di Facebook.


PM dalam kenyataan turut mengalu alukan kehadiran semua peserta termasuk para hakim antaranya Fadhilatul As-Syaikh Dr Ahmed Musa Essa Al-Masarawy, Mesir; Fadhilatul Asy-Syaikh Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Muhammad, Malaysia; Fadhilatul Asy-Syaikh Dr Mohamed Ali Aatafay, Maghribi dan Fadhilatul Asy-Syaikh Dr Samih Ahmed Khaled Athamneh, Jordan


Majlis kali ini disertai oleh 92 peserta dari 71 negara dalam acara yang akan berlangsung selama lapan hari.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page