top of page

Ambil langkah lebih ketat sekat kemasukan pendatang tanpa izin



Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) disaran agar menggubal undang-undang secara holistik bagi mengatasi isu lambakan warga asing di negara ini.


Pengerusi Batalion Anak Muda Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin berkata, sekatan di kawasan sempadan termasuk lorong ‘tikus,’ harus diperketatkan lagi untuk mengelakkan kemasukan pendatang secara haram.


Menurutnya, isu di negara lain seperti tiada kawalan ketat yang membawa kepada masalah jangka panjang perlu dijadikan pengajaran.


Katanya, hari demi hari beliau melihat peningkatan jumlah warga asing di Pandan Mewah, termasuk mereka yang mungkin memasuki negara ini secara haram.


Malah ujarnya, berdasarkan Data International Organization for Migration (IOM) pada 2022, dianggarkan terdapat antara 1.2 juta hingga 3.5 juta warga asing tanpa dokumen di negara ini.


"Ini meningkatkan kebimbangan tentang kemampuan pihak berkuasa mengenal pasti mereka, terutama jika golongan berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mungkin terlibat dalam aktiviti jenayah.


"Tanpa rekod perjalanan, bagaimana mereka boleh dikesan atau dikenakan tindakan yang sewajarnya?


"Pada tahun 2023, Imigresen telah mengusir lebih 35,000 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) namun angka ini masih tidak mencukupi untuk mengatasi lambakan yang semakin meningkat," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, Ifwat menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan Pandan Mewah.


Katanya, beliau tidak mahu kawasan berkenaan mengalami kemerosotan daripada segi kebersihan dan keselamatan seperti dilaporkan berlaku di kawasan lain contohnya di Selayang.


"Selayang menghadapi masalah kebersihan dan sosial disebabkan oleh kehadiran warga asing tanpa kawalan yang baik.


"Pada masa yang sama, saya menghargai usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu ini melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) dan pelaksanaan Program Repatriasi Migran, baru-baru ini.


"Sejak program itu diperkenalkan, seramai 79,231 warga asing telah menyerahkan diri, dan 68,900 daripada mereka telah dihantar pulang setelah membayar kompaun.

M Jay Raj

"Dalam tempoh yang sama, lebih 20,207 warga asing tanpa dokumen juga telah dihantar pulang melalui operasi berjadual di kawasan ‘hot spot’ di seluruh negara yang telah mencapai 224 kawasan dengan hampir 7,975 operasi dilaksanakan," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Pengarah Gerakan Guaman Rakyat, M Jay Raj berkata, kehadiran warga asing tanpa dokumen di Malaysia perlu dipandang serius, khususnya dari aspek undang-undang dan keselamatan negara.


Katanya, data terbaru dari UNHCR menunjukkan terdapat lebih 191,830 pelarian berdaftar di Malaysia namun status mereka tidak diiktiraf dalam undang-undang, menjadikan mereka pendatang tanpa izin.


"Ini membuktikan keperluan negara untuk mempertahankan haknya mengikut Akta Imigresen 1959/63, yang dengan jelas menetapkan bahawa individu tanpa dokumen sah dianggap melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan, termasuk pengusiran.

Hasbullah

"Walaupun pengusiran melibatkan hak asasi manusia, Menteri Dalam Negeri melalui agensi agensinya saya percaya kena terus aktif dan proaktif dalam mencari keseimbangan antara keselamatan dalam negeri dan pertimbangan kemanusiaan," ujarnya.


Manakala Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Pandan Mewah A7-A12, saudara Hasbullah berkata, lambakan warga asing di Pandan Mewah perlu ditangani segera oleh pihak berwajib kerana hal itu boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman penghuni rakyat Malaysia.


"Saya menyokong kuat agar pihak berkuasa mengusir mereka (warga asing) dan dihantar pulang ke negara asal.


"Selain itu, saya juga amat bersetuju jika warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di hospital, seperti Hospital Ampang, perlu membayar kos rawatan sebelum menerima perkhidmatan atau sebelum meninggalkan hospital. Langkah ini penting untuk mengelakkan beban kewangan pada kerajaan dan institusi kesihatan awam kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page