top of page

Ambil kira cabaran industri kreatif dalam persiapan rangka RMK13



Kementerian Komunikasi sedang merangka persiapan dalam menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) .


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, kementerian itu bakal menekankan beberapa perkara termasuk mengambil kira cabaran industri kreatif terutama perfileman yang mengalami perubahan drastik.


"Jadi ada beberapa perkara yang saya minta diberi penekanan termasuk mungkin perlu ada penstrukturan, perlu ada reformasi kepada institusi sebab kita lihat beberapa industri seperti perfileman ataupun ekonomi kreatif, dia cepat berubah.


"Organisasi perlu bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan seperti ini dengan memanfaatkan teknologi (seperti) kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya," katanya dipetik selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Hala Tuju Strategik Kementerian Komunikasi 2025 di Melaka pada Jumaat.


Sementara itu sebagai mengulas mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini beliau berkata, Kementerian Komunikasi akan akan memainkan peranan dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai sumbangan negara dalam pelbagai bidang.


Sehubungan itu jelasnya, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran akan memainkan peranan untuk menjadi penyelaras media rasmi dan juga penyiar rasmi untuk ASEAN.


"Bagi agensi-agensi yang lain, mereka ditugaskan untuk membantu memahamkan, menjelaskan kepada rakyat tentang pencapaian, hasil dan juga isu-isu yang dibangkit, dibincangkan dan diputuskan melalui pelbagai mesyuarat dan pertemuan serta sidang kemuncak ASEAN nanti," katanya.

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page